Alhamdulillah... setelah genap sebulan kau disini, pelbagai perubahan telah kau tunjukkan...
YA....sudah tentu yang positif... hari ini sekali lagi min dah tunjukkan yang sebenarnya min amat boleh meneruskan hidup ini biarkan dalam kekurangan pada pandangan kasar mata manusia...
Saat min menarik tangan cikgu ketika subjek urus diri tadi, cikgu tahu min bahu belajar.. hari ini kita belajar potong kuku dan cuci tangan yer...
Amat terharu cikgu rasakan apabila min dengan mudah mengikut arahan cikgu.. sedangkan pada minggu lepas, cikgu dan kak nurul (ppm) puas bersilat untuk mengetipkan kuku min...
Terima Kasih Tuhanku di atas rahmatMu hari ini..Moga aku akan diberi kekuatan untuk membantu mereka Insan Yang Amat Istimewa ini...
Tuesday, August 11, 2009
Sangat Terharu Hatiku...
Posted by haida nor at Tuesday, August 11, 2009 0 comments
Sunday, August 9, 2009
Hari yang Indah ?
Tak dapat ku tafsirkan perasaan ini.. marahkah aku pada mu..tapi saat ku renung dalam matamu, aku dapat kekuatan agar terus bersabar dengan kerenahmu.. aku tahu sebenarnya kau amat mengerti orang di sekelilingmu, namun kau tidak dapat meluahkan setiap yang zahir dengan perkataan semata agar kami disekelilingmu dapat memahami mu...
min, teacher x marah sebab teacher tahu min takut dengan suntikan dan sejak min masuk sebulan yang lepas, pelbagai ragam min teacher tealah hadapi... terpaksa berdukung pada hari pertama dan hari ni peristiwa bersejarah berlaku...xper teacher dah tukar baju..
Doaku cuma satu sayang, moga aku akan terus mengerti tentang dirimu agar kita sama-sama kan beroleh kejayaan dan ketenangan...sayang from teacher ju.. at least untill now, we do have eye contact and i can feel the chemistry with you..
Posted by haida nor at Sunday, August 09, 2009 0 comments
Friday, August 7, 2009
SELAMAT DATANG
Posted by haida nor at Friday, August 07, 2009 0 comments