BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 11, 2009

Sangat Terharu Hatiku...

Alhamdulillah... setelah genap sebulan kau disini, pelbagai perubahan telah kau tunjukkan...
YA....sudah tentu yang positif... hari ini sekali lagi min dah tunjukkan yang sebenarnya min amat boleh meneruskan hidup ini biarkan dalam kekurangan pada pandangan kasar mata manusia...
Saat min menarik tangan cikgu ketika subjek urus diri tadi, cikgu tahu min bahu belajar.. hari ini kita belajar potong kuku dan cuci tangan yer...

Amat terharu cikgu rasakan apabila min dengan mudah mengikut arahan cikgu.. sedangkan pada minggu lepas, cikgu dan kak nurul (ppm) puas bersilat untuk mengetipkan kuku min...

Terima Kasih Tuhanku di atas rahmatMu hari ini..Moga aku akan diberi kekuatan untuk membantu mereka Insan Yang Amat Istimewa ini...

0 comments: